Devil Summoner (真・女神転生 デビルサマナー) ialah sebuah
permainan video berperanan Jepun, asalnya diedarkan untuk
Sega Saturn pada tahun
1995, dan kemudian dikeluarkan semula di dalam sebuah versi yang dinaiktaraf untuk
PlayStation Portable pada tahun
2005. Judul ini tidak pernah dikeluarkan di
Amerika utara. Devil Summoner merupakan judul sampingan dalam siri permainan video
Megami Tensei. Terdapat dua buah judul sambungan kepada Devil Summoner, termasuklah
Shin Megami Tensei: Devil Summoner: Raidou Kuzunoha vs. The Soulless Army, yang telah diterjemah dalam
bahasa Inggeris.Devil Summoner yang asal merupakan judul Megami Tensei pertama untuk
Sega Saturn. Meninggalkan tema-tema pengakhiran dunia daripada siri asalnya, kisah judul ini mengambil tempat di sebuah
Jepun moden. Watak para pemain merupakan seorang pelajar kolej yang tidak bernama, yang diserang oleh
syaitan bersama-sama
teman wanitanya; mereka diselamatkan oleh Kyouji, seorang pemburu syaitan. Beberapa ketika kemudian, Kyouji ditemui mati di bawah keadaan yang mencurigakan. Kemudian,
protagonisnya pula terperangkap di dalam sebuah gudang dan dibunuh oleh seorang pembunuh kejam bernama Sid. Para pemain yang telah dibunuh tidak kekal mati, sebaliknya mendapti dirinya bangkit di dalam diri pemburu syaitan yang terbunuh tadi, Kyouji, lalu melarikan diri daripada rumah mayat. Dengan bantuan suara Kyouji yang memberi petunjuk kepada para pemain daripada dalam mindanya, watak utama bersepakat dengan seorang wanita yang merupakan rakan kongsi Kyouji iaitu Rei, untuk menyelamatkan nyawa teman wanitanya, yang masih berada dalam bahaya.